Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia
Updated May 25, 2026 Ā· v1.0.4
Aplikasi rasmi JPJ Malaysia untuk menyertai lelongan kenderaan sita
JPJVBID ialah aplikasi rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang membolehkan orang awam menyertai lelongan kenderaan sita secara dalam talian dengan cara yang selamat, telus dan berintegriti. Aplikasi ini menyediakan akses mudah kepada senarai kenderaan yang dilelong, maklumat asas kenderaan serta kemudahan untuk menyertai sesi pembidaan tanpa kehadiran fizikal. Pengguna juga boleh menerima notifikasi berkaitan status bidaan dan keputusan lelongan. Semua bayaran berkaitan penyertaan lelongan hendaklah dibuat secara transaksi dalam talian sahaja melalui saluran pembayaran yang ditetapkan oleh JPJ. JPJVBID dibangunkan selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemudahan kepada rakyat. Ciri-ciri Utama: ⢠eKatalog kenderaan untuk dilelong ⢠Maklumat asas dan status kenderaan ⢠Penyertaan bidaan secara dalam talian ⢠Notifikasi status bidaan dan keputusan lelongan ⢠Rekod sejarah penyertaan lelongan
This app isn't currently appearing in any tracked top charts.