eAduan@JTKSM

eAduan@JTKSM

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Available on Google Play
5,000+ installsFreeBusiness

Updated Jul 9, 2025 · v0.1.8

CompareView on Google Play
Screenshot 1
Screenshot 2

Aplikasi Mobile eAduan JTKSM - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

Aplikasi Mobile eAduan JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Sistem ini turut menyediakan perkhidmatan penyaluran aduan perburuhan bagi memudahkan pihak pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang perburuhan. Aduan-aduan perburuhan yang diterima akan disiasat oleh JTKSM bagi memastikan golongan pekerja di sektor swasta mendapat perlindungan perburuhan serta hak-hak minima seperti mana yang dinyatakan di dalam undang-undang perburuhan dipatuhi oleh majikan. Sehubungan itu, kini disamping pekerja boleh memfailkan aduan melalui surat, e-mel, telefon, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau hadir secara fizikal ke pejabat yang berdekatan, pekerja juga boleh menggunakan aplikasi e-ADUAN yang dimuat turun melalui telefon bimbit pekerja itu sendiri. Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut: 1. Butiran lengkap pengadu 2. Butiran lengkap pihak yang diadu 3. Isu-isu aduan 4. Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan, penyata gaji atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan.

Released
June 16, 2025

1 year on Google Play

Version
0.1.8
Updated
Jul 9, 2025
Content Rating
Everyone
Installs
5,000+
Developer
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Website
https://jtksm.mohr.gov.my/ms/laman-utama
Email
eppax2024@gmail.com
In-app purchases
No

This app isn't currently appearing in any tracked top charts.

Rating breakdown

5
0
4
0
3
0
2
0
1
0